Jom Masuk KITAB

Terima kasih kerana berminat untuk mendaftar di KITAB


  • Created: 2 November 2023

Senarai lengkap dokumen yang diperlukan untuk mendaftar menggunakan Jommasuk.

Bil Jenis Dokumen Bahagian Format Dokumen Contoh
1 Gambar IC depan dan belakang dalam 1 muka surat Maklumat Diri (nombor_ic)_ic.png/jpg 12345_ic.png
2 Gambar Passport Maklumat Diri (nombor_ic)_passport.png/jpg 12345_passport.png
3 Gambar IC bapa/penjaga/suami depan dan belakang dalam 1 muka surat Maklumat Waris (nombor_ic)_icwaris1.png/jpg 12345_icwaris1.png
4 Gambar IC ibu/penjaga depan dan belakang dalam 1 muka surat Maklumat Waris (nombor_ic)_icwaris2.png/jpg 12345_icwaris2.png
5 Slip gaji bapa/penjaga/suami Maklumat Waris (nombor_ic)_slipwaris1.png/jpg 12345_slipwaris1.png
6 Slip gaji ibu/penjaga Maklumat Waris (nombor_ic)_slipwaris2.png/jpg 12345_slipwaris2.png
7 Slip SPM Maklumat Akademik (nombor_ic)_spm.png/jpg 12345_spm.png
8 Sijil berhenti sekolah Maklumat Akademik (nombor_ic)_sekolah.png/jpg 12345_sekolah.png

Pertanyaan

Boleh hubungi Jabatan/Unit dibawah jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan:

  1. Jabatan Pengurusan Akademik KITAB: 010-4535482
  2. Jabatan Bendahari KITAB: 010-4525482
  3. Unit Teknologi Maklumat KITAB: 019-3932471/012-4686090


Cara Penggunaan

Penjelasan tentang cara-cara untuk menggunakan sistem Jommasuk untuk mendafatar diri ke KITAB. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk nombor yang tertera yang telah disenaraikan.

Daftar Akaun

Sebelum log masuk ke dalam sistem Jommasuk, anda dikehendaki untuk mendaftarkan akaun terlebih dahulu. Anda boleh menekan link untuk mendaftar akaun. Sila pastikan maklumat akaun anda:

  1. Username: Apa saja username yang anda kehendaki
  2. Password : Nombor IC anda

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian pendaftaran akaun


Log Masuk & Log Keluar

Cara untuk log masuk & log keluar

Log Masuk

Masukkan maklumat username dan password anda di bahagian yang telah disediakan. Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian log masuk.

Log Keluar

Tekan drop down dan pilih log out untuk log keluar. Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian log keluar.


Maklumat Diri

Anda dikehendaki untuk memuat naik maklumat diri anda untuk tujuan rujukan pihak KITAB. Segala maklumat yang dimuat naik adalah sulit dan hanya akan digunakan di KITAB sahaja.

Senarai maklumat diri yang diperlukan adalah:

  1. Nama penuh seperti di dalam IC
  2. Nombor IC
  3. Gambar IC, pastikan depan dan belakang di dalam 1 muka surat. Pastikan dokumen yang dimuat naik dalam format (nombor_ic)_ic.png/(nombor_ic)_ic.jpg. Contohnya 12345_ic.png
  4. Gambar passport. Pastikan dokumen yang dimuat naik dalam format (nombor_ic)_passport.png/(nombor_ic)_passport.jpg. Contohnya 12345_passport.png
  5. Alamat penuh tempat tinggal
  6. Bandar
  7. Poskod
  8. Negeri
  9. Nombor telefon bimbit. Pastikan nombor telefon anda atau waris sahaja
  10. Email sendiri atau waris
  11. Pendapatan diri jika bekerja. Jika tidak bekerja nyatakan N/A.
  12. Kawasan Dun
  13. Kawasan Parlimen
  14. Bangsa
  15. Agama
  16. Taraf perkahwinan
  17. Kecacatan

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian pengisian maklumat diri.



Maklumat Akademik

Anda dikehendaki untuk memuat naik maklumat akademik anda untuk tujuan rujukan pihak KITAB. Segala maklumat yang dimuat naik adalah sulit dan hanya akan digunakan di KITAB sahaja.

Senarai maklumat Akademik yang diperlukan adalah:

  1. Nama sekolah
  2. Tahun tamat pengajian
  3. Keputusan Bahasa Melayu
  4. Keputusan Bahasa Arab
  5. Keputusan Sejarah
  6. Keputusan Matematik
  7. Gambar keputusan SPM. Pastikan gambar dalam 1 muka surat. Pastikan dokumen yang dimuat naik dalam format (nombor_ic)_spm.png/(nombor_ic)_spm.jpg. Contohnya 12345_spm.png
  8. Gambar sijil tamat persekolahan. Pastikan gambar dalam 1 muka surat. Pastikan dokumen yang dimuat naik dalam format (nombor_ic)_sekolah.png/(nombor_ic)_sekolah.jpg. Contohnya 12345_sekolah.png

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian pengisian maklumat akademik.


Permohonan Program

Program yang ditawarkan di KITAB terdiri daripada Diploma dan juga program Sijil.Syarat minimum yang diperlukan adalah 3 kredit bagi Diploma dan bagi 2 kredit dan kebawah akan ditawarkan program sijil. Untuk maklumat lebih lanjut tentang program yang ditawarkan, boleh terus berhubung dengan Jabatan Pengurusan Akademik KITAB.

Bagi program yang ditawarkan, pihak KITAB juga menawarkan 2 mod pengajian iaitu Sepenuh Masa dan juga Hujung Minggu.

Berikut adalah senarai program Diploma yang ditawarkan:

  1. DIPLOMA SYARIAH (A6171)
  2. DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN (A6327)
  3. DIPLOMA KEWANGAN (A8304)
  4. DIPLOMA PENGURUSAN HALAL (MQA/PA 14547)
  5. DIPLOMA KAUNSELING (MQA/PA 14550)
  6. DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (MQA/PA 14551)
  7. DIPLOMA PENTADBIRAN MUAMALAT (MQA/PA 14552)
  8. DIPLOMA PENGURUSAN INSTITUSI SOSIAL ISLAM (MQA/PA 15214)

Berikut adalah senarai program Sijil yang ditawarkan:

  1. SIJIL PENGAJIAN TAHFIZ AL QURAN
  2. SIJIL PENGAJIAN BAHASA AL QURAN

Bagi yang tidak berkemampuan, KITAB juga menawarkan biasiswa kepada yang memerlukan. Bagi syarat-syarat kelayakan tentang biasiswa, boleh terus berhubung dengan pihak Jabatan Bendahari KITAB untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Asrama juga akan disediakan bagi kepada mereka yang tinggal jauh dari KITAB.

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian permohonan program.

Status Permohonan

Setelah permohonan dibuat, pihak Jabatan Pengurusan Akademik dan Jabatan Bendahari akan memproses permohonan anda.

Proses penapisan permohonan akan dilakukan untuk beberapa minggu. Status permohonan akan dipecahkan kepada beberapa peringkat iaitu:

  1. Dalam Pertimbangan: Permohonan anda baru dibuat dan proses penapisan sedang dilakukan dengan penyemakan kelayakan dari segi akademik dan pendapatan (bagi yang memohon biasiswa).
  2. Layak: Permohonan anda layak untuk kemasukan ke KITAB
  3. Tidak Layak: Permohonan anda tidak layak untuk kemasukan ke KITAB

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian status permohonan.


Penerimaan / Penolakan tawaran kemasukan

Proses penerimaan / penolakan tawaran akan dilakukan pada tarikh yang akan diumumkan kepada anda.

Pada anda yang layak, 1 message akan dihantar untuk semakan penerimaan/ penolakan kemasukan ke KITAB. Anda akan diberikan beberapa hari untuk menjawab tawaran. Jika anda mengambil masa yang lama untuk menjawab, pihak KITAB akan menggangap anda menolak tawaran. Untuk maklumat yang lebih mendalam, anda boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Akademik KITAB.

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian penerimaan/penolakan kemasukan.


Senarai dokumen dari KITAB

Senarai dokumen akan diberikan kepada anda yang layak dan menerima tawaran dari KITAB.

Terdapat beberapa dokumen yang akan diberikan antaranya:

  1. Surat Tawaran kemasukan ke KITAB
  2. Surat Tawaran Biasiswa (bagi yang memohon)
  3. Dokumen perjajian biasiswa mengikut program yang dipohon / link rayuan biasiswa (bagi yang memohon biasiswa)
  4. Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Jabatan Pengurusan Akademik KITAB
  5. Dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Jabatan Bendahari KITAB
  6. Link untuk mengisi maklumat kemasukan ke asrama (bagi yang memohon)

Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian senarai dokumen.


Cara Penggunaan bagi Admin

Penjelasan tentang cara-cara penggunaan sistem Jommasuk bagi Admin.Sebarang pertanyaan, perubahan atau penambahbaikan boleh berhubung dengan Unit Teknologi Maklumat KITAB.


Log Masuk & Log Keluar Admin

Cara untuk log masuk & log keluar

Log Masuk

Masukkan maklumat username dan password admin anda di bahagian yang telah disediakan. Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian log masuk.

Log Keluar

Tekan drop down dan pilih log out untuk log keluar. Rujuk gambar dibawah untuk melihat bahagian log keluar.


Jumlah permohonan

1 jadual khas telah disediakan untuk Admin memantau jumlah permohonan berdasarkan program yang ditawarkan.

Rujuk gambar dibawah untuk melihat jadual jumlah permohonan.


Senarai Pemohon

Senarai pemohon dengan maklumat pemohon dengan lebih teliti telah disediakan kepada Admin.

Dalam senarai tersebut, terdapat beberapa maklumat yang berkaitan seperti:

  1. Jumlah permohonan bagi sesi kemasukan yang tertentu
  2. Fungsi mengeksport ke Excel data pelajar untuk penggunaan KITAB
  3. Maklumat pelajar yang terdiri daripada nama, nombor IC, nombor telefon bimbit, program, status permohonan, mod pengajian, status biasiswa dan butang untuk semakan dokumen.

Rujuk gambar dibawah untuk melihat senarai pemohon.

Semak maklumat pemohon

Telah disediakan 1 butang untuk penyemakan maklumat pemohon.

Apabila butang ditekan, akan keluar 1 window yang akan menyenaraikan maklumat penting dan imej yang berkaitan dengan pemohon. Di bahagian bawah, Jabatan Pengurusan Akademik akan bertanggunjawab untuk menapis kelayakan pemohon untuk kemasukan ke KITAB dan admin Jabatan Bendahari akan menapis dari segi permohonan biasiswa.Bahagian catatan juga disediakan kepada admin.

Proses penyemakkan dokumen akan dilakukan apabila tarikh tutup telah dimaklumkan. Prosedur akan dilakukan seperti berikut:

  1. Makluman tarikh tutup permohonan
  2. Admin dari Jabatan Pengurusan Akademik akan menyemak maklumat pemohon untuk kemasukan ke KITAB. Sebarang catatan akan dinyatakan di ruang yang disediakan.
  3. Admin dari Jabatan Bendahari akan menyemak maklumat pemohon untuk permohonan biasiswa. Sebarang catatan akan dinyatakan di ruang yang disediakan.
  4. Apabila kesemua sudah disemak, pengumuman kepada pemohon untuk menyemak permohonan mereka akan dikeluarkan.
  5. Bagi pemohon yang layak, mereka akan menentukan sama ada untuk terima atau tolak penawaran dari pihak KITAB
  6. Bagi yang menerima tawaran, semua dokumen akan dikeluarkan secara automatik dari sistem.

Rujuk gambar dibawah untuk melihat semakkan maklumat pemohon.


Copyright © 2023 Jom Masuk KITAB. All Rights Reserved.

Design & Develop by Unit Teknologi Maklumat KITAB.